Monday, 15 June 2009

1 tahun sudah berlalu


have no mood to blog lately..only today i have an urge menulis serba sedikit..sorry for da lack of update guys...

Esok 17/6/09 genaplah satu tahun pemergian ibu tersayang. bagi memperingati pemergian beliau disini ku coret serba sedikit titipan khas untuk mengenang jasa nya.

ibu, genaplah sudah satu tahun kau meninggalkan kami.dapat ku rasakan betapa sepinya hidup insan yang tidak ber ibu.pemergian ibu tercinta amat dirasai sehingga kini..kadang2 aku kelihatan tabah ttpI tidak sebenarnyA,aku masih memerlukan ibuku..ttp Allah swt lebih menyayanginya..aku redha dgn ketentuan illahi…apa yg berlaku pd keluarga ku ada hikmahnya…arwah ibu tetap segar dalam ingatanku ,pemergian ayah 3 tahun sebelum pemergian ibu kurasakan tidak sekuat cabaran dan rintangan kehilangan seorang ibu. Setelah ayah pergi, ibu tetap tabah. Ibu adalah ibu, ibu jugalah ayah waktu itu. Peranan ibu waktu itu sangat saya kagumi. Ibu tabah walau sudah tidak punya suami. Di temani 10 orang anak yang 8 orang darinya sudah berkahwin dan ditambah dengan cucu-cucu menjadikan ibu bisa tersenyum walau di hati ibu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Ibu pernah kata pada ku, Seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak sehingga dewasa, namun 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu ketika ibu sudah tua. Perkataan itu ku masih ingat sehingga hari ini. Seorang ibu yang sudah kehilangan suami akan jadi lebih tabah. Namun begitu, emosinya sangat mudah terluka. Itu pengalaman ku bersama ibu. Kalau abang dan kakak tidak balik atau tidak telefon maka ibu tak senang duduk. Satu point di sini bagi yang masih punya ibu, selalu-selalulah telefon dan ziarah ibu. Ibu tidak minta dihargai tapi menghargai dan menghormati ibu itu satu kewajipan dan tuntutan buat kita semua. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Ibu jadi Simbol kekuatan ku. Jika aku susah pasti ibu akan terasa. Doa ibu memang cukup mujarab. Waktu itu tidak ku perasan kekuatan doa ibu. Setelah ibu pergi barulah ku rasa rindu dengan doa seorang ibu. Banyak perkara yang aku rasakan mungkin ianya datang dari doa ibu. Kadang-kadang perkara itu tidak terjangka, dan kurasakan ianya berkat dari doa ibu yang tidak putus-putus mendoakan ku. Kini aku benar-benar rindu dengan doa ibu. Benarlah doa ibu yang ikhlas mendoakan anak-anaknya itu antara doa-doa yang mujarab. Kamu semua jangan lepaskan peluang keemasan memohon doa restu ibu. Kalau sudah kehilangan seperti aku nanti baru kamu akan rasa sepi tanpa doa seorang ibu.
Apa yang aku tuliskan ini tidak mampu menghuraikan jutaan jasa-jasa ibu buatku. Kesemua jasa-jasa itu tidak mampu rasanya ku balas dan pastinya memang tidak akan terbalas. Hanya mengharapkan aku mampu jadi saham buat ibu dan ayah di akhirat sana. Moga Allah jualah yang membalas jasa ayah dan ibu lebih baik dari jasa-jasa mereka terhadap ku semenjak ku kecil hingga dewasa.
Sayang ibu dan ayah membawa ke syurga.


Al-Fatihah buat Almarhumah Hjh Sharifah Latiffah bte Wan Nusi dan Almarhum Hj Ahmad bin Abdullah.....kalian tetap di dalam hati dan doaku....i miss both of u alooottt~

No comments:

Post a Comment