Monday, 7 February 2011

SEBAGAI RENUNGAN~

setelah mencapai usia tua, banyak dugaan yang telah ditempuhi dan akan menemput berbagai lagi gugaan yang tidak mungkin di duga. Sebagai ibu atau bapa, mereka mangharapkan anak-anak menjadi penyejuk hati. Bagi ibu atau bapa yang telah mempunyai anak-anak yang telah dewasa dan telahpun mempunyai tanggungjawab sendiri, mereka patut bersyukur kerana peranan mereka sebagai ibu bapa telah berjalan dengan lancar. Semakin bersyukur kepada Allah apabila anak-anak yang mereka didik telah menjadi insan yang berguna dan sanggup untuk menjaga dan menjaga hal ehwal mereka yang telah uzur. Bagaimana pula dengan kita yang baru mempunyai anak yang masih kecil? Adakah kita akan mendapat kasih sayang dan perhatian anak-anak apabila mereka dewasa kelak?

Setelah bertungkus lumus ibu dan bapa membesarkan anak-anak, mendidik dan manjaga hal ehwal kehidupan, maka memanglah wajar anak-anak mengingati dan membalas jasa mereka walaupun tidak setimpal dengan apa yang telah ibu bapa korbankan. Bayangkanlah bagaimana susahnya membesarkan anak-anak dari saat kelahiran yang dipenuhi dengan pancaroba. Kesakitan yang dialami oleh ibu semasa melahirkan anak mungkin masih terasa oleh setiap ibu-ibu dan menjadi trauma kehidupan mereka menghadapi saat-saat getir itu.

Walaupun demikian, ibu dan bapa masih meneruskan tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak mengikut kadar kemampuan masing-masing. Segala pahit maung membesarkan anak-anak dengan perbelanjaan yang semakin meningkat tidak dihiraukan oleh mereka. Sakit-demam anak-anak diuruskan dengan sempurna untuk memastikan anak-anak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Mungkin ada diantara kita tidak sanggup untuk menjaga dan memberi perhatian yang sebegitu sempurna kepada ibu bapa apabila mereka sudah tua. Ada pula anak-anak yang sanggup meninggalkan ibu bapa yang telah uzur dikampung tanpa mendapat perhatian yang sempurna. Lebih malang lagi ada anak-anak yang sanggup meninggalkan ibu bapa di rumah orang-orang tua manakala anak-anak tersebut meneruskan kehidupan yang mewah tanpa memperdulikan perasaan mereka.

Apabila usia telah tua, peranan sebagai ibu bapa menjadi semakin kurang, ditambah pula dengan keuzuran sakit yang selalu mendatang, perasaan ibu bapa biasanya menjadi sangat sensitif. Mereka mudah sahaja jauh hati apabila melihat kehidupan anak-anak yang pada pandangannya kurang memberi perhatian kepada mereka. Dalam pemikiran mereka tidak ada lain melainkan menyediakan diri untuk mengadap tuhan dan berharap anak-anak menjadi orang-orang yang berguna.

Dalam keadaan uzur, mereka memerhatikan setiap kehidupan anak-anak lalu kadangkala membuat teguran sekiranya perjalanan kehidupan anak-anak tersasar. Begitu juga dengan matahati mereka yang boleh mambuat takwilan berkenaan dengan kehidupan setiap anak-anaknya. Teguran mereka kadangkala tidak disenangi oleh anak-anak kerana bagi anak-anak mereka telah dewasa dan pandai mengendalikan kehidupan sendiri tanpa bantuan ibu bapa lagi. Berlainan pula dengan perasaan ibu bapa yang pada dasarnya masih menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak. Mereka akan terus memerhati dan memberikan buah fikiran mereka dimana yang patut. Pertembungan berlaku diantara ibu bapa dan anak yang telah dewasa apabila ibu bapa menegur dan memberikan pandangan mengikut acuan lama mereka. Sedangkan anak-anak yang berada di zaman ini merasakan acuan yang diberikan oleh ibu dan bapa mereka tidak secocok dengan mereka.

Apakah yang sepatutnya di buat oleh ibu dan bapa? Dan apakah pula yang patut di lakukan oleh anak-anak didalam situasi pertembungan idea sedemikian? Bagi ibu bapa yang berpelakaran atau ‘educated’ mungkin mereka telah mempunyai asas pengetahuan bagaimanakah kiranya apabila mereka telah tua untuk menghadapi anak-anak yang telah dewasa. Tetapi bagi ibu bapa yang tidak ‘educated’ tetapi hanya menggunakan pengalaman dan pemerhatian pendidikan dimasa lalu akan mendapati sukar menterjemahkan hasrat mereka kepada anak-anak melainkan dengan menyatakan apa yang terlintas difikiran sahaja. Dalam situasi ini, anak-anak yang telah dewasa mempunyai peranan yang besar untuk memahami kehendak ibu bapa mereka dan memberikan kerjasama yang cukup sempurna kepada ibu bapa. Mendengar dengan teliti apa sahaja yang di perkatakan oleh ibu bapa adalah salah satu cara untuk menyatakan faham dengan apa yang di pertuturkan oleh ibu bapa. Disamping itu, sekiranya terdapat sesuatu pendapat yang bercanggah dengan pendirian anak-anak, anak-anak hendaklah menggunakan hemah yang tinggi untuk menyatakan apakah yang tersirat di fikiran mereka, asalkan menjadi seperti peribahasa ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak’.

Seharusnya kita beringat bahawa pada satu hari nanti kita akan menjadi tua dan mungkin akan menemui kejadian yang serupa dengan hal-hal yang dibincangkan diatas. Oleh yang demikian bolehlah kita menggunakan kaedah teguran kepada anak-anak semasa mereka masih dalam jagaan kita dengan menyatakan bahawa kasih sayang ibu bapa sampai bila-bila. Nyatakan juga bahawa kasih sayang ibu bapa bukan sekadar anak-anaknya masih kecil tetapi sehingga mereka masih melihat ibu bapa hidup didunia ini. Tanamkan perasaan kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka tahu mereka juga akan menerima yang nasib yang sama apabila mereka kelak menjadi tua.

Bersyukurlah banyak-banyak bagi anak-anak yang masih boleh menapat wajah ibu bapa didunia ini, masih boleh menyentuh kulit mereka dan masih boleh mendengar celoteh mereka didunia ini.

Bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, berkemungkinan rindu kepada mereka sangat-sangat mendalam tetapi apakan daya ibu bapa sudah tiada didunia ini untuk di jengah, ibu bapa sudah tiada lagi didunia ini untuk di peluk dan cium, apatah lagi mendengar kata-kata nasihat dan celoteh mereka. Apa yang ada pada masa itu hanyalah doa dan airmata mengiringi pemergian mereka.

Kepada semua anak-anak termasuk juga kita, peuhilah hasrat ibu bapa sepertimana kita ingin has rat kita sebagai ibu bapa dipenuhi. Jadilah anak yang beragama, beriman dan berguna di mata dunia. Tidak ada ibu bapa didunia ini ingin melihat anak-anak mereka menyimpang dari ajaran agama, tidak ada dari ibu bapa yang ingin melihat anak-anak menjadi keluh kesah, tidak ada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka dalam kesusahan, sebalinya mereka ingin melihat anak-anak mereka bahagia, aman sentosa dan sejahtera di dunia dan akhirat. Berbahagialah bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mendengar kata dan mempunyai hemah yang tinggi mengohormati ibu bapa dengan baik.

Kepada Allah kita pohonkan doa semuga ibu bapa kita termasuk dalam golongan orang-orang yang diredhoi Allah dunia dan akhirat. Semuga kembali mereka dan kembali kita diakhirat dapat berjumpa berkumpul semula dalam suasana keredhoan Allah.

No comments:

Post a Comment