Friday, 17 April 2009

Sebagai Renungan Bersama

i came across dis article ..banar2 buat ku sedih n nangis..juz spend 1 -2 minit to read dis...

Kasih Ibu utk kita. Kasih kita utk Ibu???
Assalamualaikum semua,Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kitabersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salahsatu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yangsoleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin adayang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauhmana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adikberadik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz HarunDin dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agamayang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjayamencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hinggamenjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini,malah di tempat lain juga.Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasadalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, padakebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiranselepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar,ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda rumah untuk beramahmesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jirantertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakanpergi ke rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama denganketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telahberlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk kedalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. Merekakemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah danalangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu UstazHarun telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya,apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akankitadapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaahmasjid,jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuanoleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu UstazHarun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliauUstaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazahibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormatmereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikansolat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakanurusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik merekadengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawaini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberimakan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anakyang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dantanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah merekasendiri yang menguruskan jenazah ibumereka itu. Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkanairmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehananak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anakdengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah,urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kitasendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimanananti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku.Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhirsebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepadaorang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazahmereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti.Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkankepada ibubapa kita.
Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepadaanak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelarayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nantiagaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku,menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akanberebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takutatauhina memandang jenazah kita yang telah kaku?Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anakdan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedangmemerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agamayang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orangyang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara,seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.Wahu'alam.Sekian.Sebenarnya ada seperkara lagi,Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih adahubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya.Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanyawalaupun ibubapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia,hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya.Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkanpahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubunganbaik dgn saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kitajuga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita.Jadi siapa ygibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepassembahyangdan selalulah berzikir utk mereka.
Petikan ini saya terima dari seorang sahabat... renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.
Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuhhatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal.Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibumenguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhikeperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itutelah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah andabayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan akutelah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam lacimejanya. Sajaknya berbunyi begini.
INILAH MASANYA
JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH YANG MENGUKIR KUDUS
DARIPADA SANUBARIMU CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN OLEH ITU,
JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalahsebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selamasini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya.Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua oranguntuksemua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukupuntuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air kedalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapiaku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarangbaru aku terpikir............pernahkan rakan-rakanku melayaniku sepertiibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasalakukantergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan maluapabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu.Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikanuntuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakahmasa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja.Aku sedar dan mengerti.Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal danbersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharapkepadarakan-rakanku..........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaatdaripadasurat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita danpenyesalanrenungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!.....pernah kita bertindak sedemikian????? pernah kita merasa kesaldengan tindakan kita itu???????? andainya kita pernah melayansedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat.........bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ...mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu.....wassalam
Sedih kan...Sob ..Sob..;(

No comments:

Post a Comment