Monday, 20 December 2010
Fuh bersarang udah blog ani..heheh sorry to all had no tym to update d blog ani lagi bukan nada masa ganya malas. so many things happen sepanjang tahun 2010 , ada sedih,gembira, n not to forget wateva happen always remind ourself untuk sentiasa memusahabah kan diri agar selalu beringat dan mengambil iktibar atas apa saja yang berlaku. time flies so fast, kurang dari seminggu lagi tani akan berganjak ke tahun 2011..semoga apa pun yg tani hajati, cita-citakan di tahun 2010 tercapai. will upload later sgala gambar-gambar yg tertunda ...lastly SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 kepada semua kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, semoga ditahun baru nanti akan menjanjikan seribu satu kerahmatan dan kebahagiaan..Amiinnnn...
Friday, 6 August 2010
NOW BACK !!
batah dah ditinggalkan besarang blog ani... so byklah aktiviti n news tergendala postingnya.... im tryin my best to update lau lambat sory ah hehhe...WELCOME BACK TO MY BLOG...!!!!
Tuesday, 16 February 2010
NO TIME TO BLOG
I'm no longer going to apologize for my lack of blogging because i sound like a broken record hehe balik2 apologizenya..apa2 pun now im goin to update events dat happened recently, (so many events happened n i lost track bout it) so lau ada yang tercicir harap maaf..
on 14th Feb 10, telah diadakan majlis harijadi Muhd Fathurrahman yang ke 3 tahun dengan tema Fancy Dress..alhamdulillahh everyone is so Sporting enuff memakai ikut tema n it was so FUn Fun Fun events....lots of activities n games diadakan.sekali skala berkumpul ramai2 memang meriahh...Thank u kepada semua yang sama2 hadir memeriahkan majlis hari jadi Fathurrahman semoga semuanya didalam rahmat Allah jua..Aminnn....Terima Kasih jua kepada Ahli2 Jawatankuasa yang sama2 menjadikan Majlis Harijadi atu HEBAT n Rawkkk~~~ heheheThanks to all da Sponsorship sama ada yang berupa wang ringgit, makanan, hadiah,peralatan2 dan sebagainya, hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya...(Mcm Ucapan Menang Anugerah saja ) hehehe..apa2pun kita layanzzzzzz gambar2 dibawah ani ..hehehe.....


Tuesday, 29 December 2009
We come to the end of the Year 2009..dalam masa beberapa hari saja lagi tani akan berjumpa dengan tahun baru 2010...sekajap saja masa berlalu nda kerasahan , mcm2 perkara berlaku di tahun 2009 ada yang duka dan gembira, walau apapun hidup mesti diteruskan dengan azam n semangat baru. ... btw enuff all dat bla bla...heheh sooo wat happen in Decemberrr?? well of coz its birthday month...byk urg bday dis december, N also Januaryy *Winkzz* hehe ....december ani jua ialah musim urg belarai2....i myself just got back from HongKong...me, hubby n Fathur saja yang pigi..fun trip altho skajap saja ..our main itinerary was utk ke DISNEYLAND saja ...so we spent almost 2 nite di DISNEYLAND...it was SO SO SO FUN....maklum dulu zaman kanak2 minat cinderella, snow white, mickey mouse,..kali ani udah dapat liat face to face excited to da maxx plang alah c Fathur hehehe.....definately will go there agaiiinnn insyallahhh pi kalau ramai2 lagii siuk, we shud make a trip ramai2 ke sana it wud be soo much fun...well enuff bout me hehe...on 28 dec Mai,Lina and Baqi went to KK for a 3 day trip tuk sopping saja n sufian and family went to KL for 8 days kali..so yeah everyone semua keluar negeriii sunyiii rumah...every year slalu buat family gathering but i think dis year memandang kan byk kuar negeri so nadalah family gathering heheh only Dee ada buat BBq dis 2nd January ...(Yikes! my Birthday tu eihh) hahah mun paham bisaii....well apa lagi ah kan di ceritakan?? nuthin muchhh ..just a simple wish SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2010, SEMOGA TANI SEMUA BEROLEH KEJAYAAN , RAHMAT, DAN SENTIASA DI DALAM PERLINDUNGAN ALLAH JUA DI TAHUN HADAPAN, DAN SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA2 KITA DI TAHUN 2009 AMINNNNNNN.......
C U GUYS NEXT YEAR HEEHHEHE
C U GUYS NEXT YEAR HEEHHEHE
Saturday, 5 December 2009
HAPPY BIRTHDAY TO ALL DECEMBER CELEBRANTS
Byk jua urg celebrate bday dis december ah woohoo mun buat bday gathering sekaligus siuk ni ah..wit one GIANT cake hehehe....any suggestion? btw to all yang celebrate dis december kami ucapkan SELAMAT HARI JADI, SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI,DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN SIHAT TUBUH BADAN ..AMINNN....
list urg bday dis MONTH (December):
1. Pg Zainal (7 Dec)
2.Haji Yakob (9 Dec)
3. Reena wahab (12 Dec)
4.Elem Hamdan (19 Dec)
5. Siddiq (Bujang) (21 Dec)
6.Radiah (23 Dec)
7.Syaza Izazi (19 Dec)
8. Juyah (26 Dec)
9. Hjh Atol (27 Dec)
10. Yon2 (29 Dec)
11. New Baby due dis december (G yus) - (?)
wahh banyak nyer hehehe....HAPPY BIRTHDAY TO ALLLL~~~
SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR...
Alhamdulillah rombangan haji yang ketiga telah selamat tiba ke tanah air pada pukul 8;41 pagi..jadual awal pukul 7:55am kali di tlipun flight info kna gtau 9:50am so kami pun relax2 lah sikit pagi atu , nasib g yus ke airport awal kali liat 8:40 landed udah ..gagas eih tarus dari pulau zoom ke airport hehehe..bukan plang urg haji yang delay ani hehe...
after dari airport drg tarus ke Masjid Sengkurong utk sembahyang sunat then baru ke rumah Azhar
Once saja drg sampai ke rumah Azhar
Bacaan doa ...
Berdzikir n 'membuang' (wat other word to express?hentam je lah janji ada bunyi hehe)' bunga rampai
Wednesday, 25 November 2009

Perhimpunan terbesar umat manusia di Arafah ibarat hari kebangkitan semula untuk diadili
TIDAK ada amal ibadah dalam Islam yang sesemarak dan seramai wukuf di Arafah. Lebih tiga juta umat Islam seluruh pelosok dunia berhimpun pada satu masa, di satu tempat dengan satu tujuan, satu seragam dan satu amalan. Mereka akan memulakan rukun haji bersama selepas tergelincir matahari dengan solat Zuhur dan Asar jamak takdim, satu azan dan dua kali kamat sambil melantunkan doa kepada Allah SWT yang selesai sebelum terbenam matahari.
Berasal daripada kata dasar 'wa-qa-fa' bererti diam, berdiri, wukuf di Arafah adalah satu daripada rukun haji paling utama kerana disebutkan dalam hadis al-hajju 'arafah yakni kesempurnaan haji berada dalam wukuf di Arafah.Tanah seluas 10,4 kilometer persegi dan arah Tenggara Masjidil Haram dengan jarak 22 kilometer itu dinamakan Arafah kerana beberapa sebab. Dinamakan demikian kerana Adam dan Hawa bertemu dan saling mengenal kembali, ta'aruf, pertama di sana selepas diturunkan ke bumi.
Dinamakan juga Arafah kerana di sana malaikat Jibril as mengajar, 'arrafa, Nabi Ibrahim as mengenai manasik haji. Selepas itu Jibril bertanya kepada Ibrahim: "Sudahkah engkau faham?" Dan dijawab oleh Ibrahim: "Ya, aku sudah faham," yakni araftu. Selain itu, Ibn Abbas berpendapat dinamakan Arafah kerana di sana manusia mengakui, i'tiraf-ya'tarifun, dosa dan kesalahannya. (Dr Muhammad Abdul Ghani, Tarikh Makkah al-Mukarramah)
Arafah disebut dalam al-Quran maksudnya: "Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang 'Arafah (menuju Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di tempat Masy'ar al-Haram (di Muzdalifah)." (Surah al-Baqarah: 198) Di padang Arafahlah turun ayat terakhir al-Quran yang maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Surah al-Maidah: 3) Arafah sebagai tempat wukuf ditetapkan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan hadisnya bermaksud: "Aku wukuf di sini dan Arafah seluruhnya adalah tempat untuk melaksanakan wukuf." (Hadis riwayat Muslim)
Dengan berkumpulnya jutaan manusia di Arafah yang diiring dari semua penjuru dunia mengingatkan kepada kita kejadian pada kiamat iaitu hari dibangkitkan semua manusia daripada mati. Mereka dihimpunkan di padang Mahsyar untuk diadili Allah SWT.
Umat Islam mengimani hari kebangkitan daripada alam kubur selepas ditiup sangkakala kali ketiga. Allah membangkitkan mayat dalam kubur, maka bangkit semua manusia menghadap Tuhan seluruh alam tanpa alas kaki, telanjang dan tidak dikhitan (Hadis Bukhari dan Muslim); matahari dekat dengan mereka; antara mereka ada yang keringatnya bercucuran sampai ke mulut. Orang pertama dibangkitkan dari bumi ialah Nabi Muhammad SAW. (Hadis riwayat Ibnu Abi 'Ashim, Ibnu Hibban dan Abu Ya'la) Pada hari besar itulah manusia keluar daripada kubur seperti belalang berterbangan datang dengan pantas kepada Penyeru itu. Semuanya terdiam tidak bergerak ketika ditebarkan catatan amal, maka terlihat semua yang tersembunyi, nampak segala yang tertutup dan terbuka keburukan yang tersimpan di dalam hati. Allah akan berbicara langsung dengan manusia pada hari itu; tidak ada penterjemah antara Allah dan mereka.Dalam kitab rujukan akidah, Syarh al-'Aqidah al-Tahawiyyah disebutkan: "Kita beriman kepada kebangkitan, pembalasan amal perbuatan pada hari kiamat, pemeriksaan, hisab, pembacaan rekod amal, pahala, seksa, al-sirat, timbangan, syurga, neraka, yang kedua-duanya sudah dicipta yang tidak akan musnah selama-lamanya dan tidak akan hancur." (hal. 404-05)
Mengenai dihidupkan kembali manusia selepas mati di padang Mahsyar, Allah menjelaskan dalam al-Quran maksudnya: "(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar (dari kubur masing-masing) berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa." (Surah Ibrahim: 48) Mengapa manusia dikeluarkan dari kubur mereka? Allah menjelaskan maksudnya: "(Keluar manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang dia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya." (Surah Ibrahim: 51) Hari kebangkitan manusia di padang Mahsyar amat dahsyat digambarkan al-Quran dengan ayat bermaksud: "Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan. Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga setiap belahan menjadi ibarat pintu yang terbuka luas dan gunung-ganang � selepas dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir." (Surah al-Naba: 17-20) Pada masa itu manusia akan menuju tempatnya sama ada maksudnya: "Sesungguhnya neraka Jahannam disediakan untuk orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalam berkurun lamanya," (Surah al-Naba: 21-23). Mahupun maksudnya: "Sesungguhnya orang yang bertakwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (Mereka akan beroleh) taman bunga dan kebun buah-buahan, terutama anggur dan perawan yang sebaya umurnya. Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Mereka tidak mendengar di dalam syurga perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta; sebagai balasan daripada Tuhanmu iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya." (Surah al-Naba: 31-36)
Jika jemaah haji yang berwukuf di padang Arafah pada hari ini dijanjikan untuk diampunkan dosa mereka oleh Allah SWT, bagaimana dengan kita yang belum memperoleh janji terbabit? Jika jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah pada saat ini bersungguh-sungguh dalam berdoa memohon keampunan Allah di tempat yang mulia, bagaimana kita yang tidak berada di sana?Jika jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah melihat dan membayangkan Padang Mahsyar selagi mereka hidup, bagaimana dengan kita yang tidak mengalaminya?Jangan risau mahupun gelisah, wahai saudara! Jangan bersedih dan gundah gulana wahai, sahabat! Disebut dalam hadis Qudsi maksudnya: "Pada hari kiamat Allah berfirman: "Pada hari ini orang yang berkumpul (di Padang Mahsyar) akan mengetahui siapa yang termasuk dalam keluarga utama." Sahabat bertanya: "Siapakah ahli (keluarga utama itu, Ya Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Mereka itu ialah keluarga majlis zikir di masjid." (Hadis riwayat Ahmad) Bersediakah anda? ....
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































